Salam kembali..huhu....lepas mancing udang dan dapat 6 ekor apa lagi tengok bola la..aku kan hardfan ManU, punyalah teruja tengok ManU main mula2 la, tgk Ronaldo punya free kick yang berbisa tu hampir2 terkena dah Valdes keeper Barcalona tu, tapi rupanya ManU gempak dipermulaan saje..first attack dari Barca dah menghasilkan gol pertama mereka..apa lagi terkedu la ManU fan cam aku nih..takpe2 masa masih banyak..konon2 pujuk hati sendiri rupanya start situ la Barca mula tunjuk belang, habis semua rentak dan formasi ManU dilayukan oleh gerakan2 Etoo, Messi dan Henry..
Ronaldo tak menjadi, Park Ji Sung pun x bleh buat ape. Second half ingat ManU lebih berbisa dengan kemasukan Tevez dan Bebetov tapi semuanya hampa.. Gerakan2 ManU tersekat dan terhalang dengan keupayaan benteng pertahanan Barca dan kekentalan Valdes di gawang. Apa boleh buat apabila Messi tunjuk skill dgn jaringan fantastik menggunakan kepala ajaibnya. Siapa sangka Messi yang pendek camtu boleh sampai bola lambungan tinggi dari Puyol.. Heh..apa nak kata gol itu menyebabkan bayangan kejuaraan double Champion League ManU tidak akan kesampaian. Bayangan kekalahan ManU kian terasa.. Sudahnya seperti yang dijangkakan Barcelona memenangi perlawanan di stadium Olimpik Rome tersebut.
Sebagai peminat ManU aku terasa hampa jugak la dengan kekalahan tersebut, tapi apa boleh buat, namanya pun bolasepak dan adat permainan, dah tentu ada kalah menang. ManU dah mencuba segala yang terdaya buat mereka tetapi keupayaan Barcelona mengekang serangan ManU menyebabkan kekalahan mutlak ManU. Pemain2 Barcelona wajar dipuji di atas persembahan hebat mereka. Tak apa, kata hati aku tahun depan ManU boleh cuba lagi. Tu je lah yang mampu dikatakan oeh fan ManU macam aku, kalau sebelum ni berkeyakinan tinggi dan kadang2 sombong dgan kehebatan ManU..ha sekarang rasakan kehampaan itu...padan muka aku dan kawan2 yg menyokong kelab terhebat di muka bumi ini..kononnya la..haha...
Tak mengapa sebab inilah sahaja escapisme dari menonton liga Malaysia yang rasa aku tak berkembang dari dulu sampai la skang. Apa yang diorang buat pun tak tau, kejap tukar prosedur, kejap tukar polisi, kejap tukar und2...last-last bolasepak Malaysia gak yang lesu. Kena bedal ngan Kemboja, Laos dan sbgnya dah menunjukkan mutu bola kita makin jauh merudum..Sukan SEA, Piala Tiger dan sebagainya dah menunjukkan kelemahan ketara pasukan kita. Belum kira lagi masalah pasukan2 negeri dan kelab yang seakan tidak berkesudahan.. apa nak jadi ngan bola kita pun tak tau la.. Harap KJ dapat lakukan sesuatu untuk memulihkan bola sepak Malaysia..kalau boleh jangan asyik berpolitik sahaja.
Ha ntahapa ntah aku melalut ni.mgkn sebab kecewa dgn kekalahan ManU la ni..Tp itulah sebenarnya yang berlaku, peminat bola lebih teruja dengan bolasepak luar negara yang sudah pasti hebat, meriah dan menjanjikan debaran yang tidak akan putus hingga wisel penamat. Tp bola sepak kita meriah jugak lepas wisel penamat apabila kete polis pun jadi mangsa bila team kalah.. Huh apa nak jadi ngan bola kita... so apa boleh buat ManU pun dah kalah..kita tunggu e musim baru bolasepak eropah dan kadang2 tu jeling dan kerling lah keputusan2 bolasepak kita jugak. Tp artikel2 ttg bola Malaysia aku tengk dah makin kecil dlm suratkabar tempatan..jgn nanti takada langsung dah la..kesian dgn nasib bolasepak kita..
Jadi kesimpulannya, artikel cheh artikel tu konon, luahan ketidakpuasan hati aku ni sebenarnya bertitiktolak dari kehampaan aku mancing udang, kekalahan ManU dan kekecewaan pada bolasepak Malaysia-tak pasal2 bola Malaysia kena...hehe...
Sehingga kita berjumpa lagi...majulah sukan untuk negara.. dr Gengkayabiz...
No comments:
Post a Comment