Thursday, May 28, 2009

Seharian di Zoo Melaka...Naik gajah woo..

Gajah ni memang degil..Kita suh bawak g bilik air ada ka dia bawak g main sarkas.. Ada ka patut.. Main sarkas tu pijak bola pulak.. haru-haru dibuatnya. Nama dia kalau tak silap aku Bunga ka Minah.. dah lupa lak..takoot punya pasal terus lupa nama beliau.. Beliau ni memang lemah lembut tetapi lemah lembut stail gajah la, takkan macam Siti Nurhaliza atau Liyana Jasmin pulak kan...So aku soh la bawak aku jalan2 sekitar zoo tersebut tp dia enggak mahu..takpe la kata aku. Aku pun takut gak, fobia ngan gajah wo coz masa aku kecik bapak member aku meninggal kena pijak gajah mengamuk.. tupun memang bapak dia terlatih sebab kerja ngan Perhilitan...so jangan buat memain ngan gajah wo..takot aku walaupun tingkahlaku dia lembut seperti Erra Fazira...chewaah..

Wednesday, May 27, 2009

MANCHESTER UNITED TEWAS..



Salam kembali..huhu....lepas mancing udang dan dapat 6 ekor apa lagi tengok bola la..aku kan hardfan ManU, punyalah teruja tengok ManU main mula2 la, tgk Ronaldo punya free kick yang berbisa tu hampir2 terkena dah Valdes keeper Barcalona tu, tapi rupanya ManU gempak dipermulaan saje..first attack dari Barca dah menghasilkan gol pertama mereka..apa lagi terkedu la ManU fan cam aku nih..takpe2 masa masih banyak..konon2 pujuk hati sendiri rupanya start situ la Barca mula tunjuk belang, habis semua rentak dan formasi ManU dilayukan oleh gerakan2 Etoo, Messi dan Henry..



Ronaldo tak menjadi, Park Ji Sung pun x bleh buat ape. Second half ingat ManU lebih berbisa dengan kemasukan Tevez dan Bebetov tapi semuanya hampa.. Gerakan2 ManU tersekat dan terhalang dengan keupayaan benteng pertahanan Barca dan kekentalan Valdes di gawang. Apa boleh buat apabila Messi tunjuk skill dgn jaringan fantastik menggunakan kepala ajaibnya. Siapa sangka Messi yang pendek camtu boleh sampai bola lambungan tinggi dari Puyol.. Heh..apa nak kata gol itu menyebabkan bayangan kejuaraan double Champion League ManU tidak akan kesampaian. Bayangan kekalahan ManU kian terasa.. Sudahnya seperti yang dijangkakan Barcelona memenangi perlawanan di stadium Olimpik Rome tersebut.



Sebagai peminat ManU aku terasa hampa jugak la dengan kekalahan tersebut, tapi apa boleh buat, namanya pun bolasepak dan adat permainan, dah tentu ada kalah menang. ManU dah mencuba segala yang terdaya buat mereka tetapi keupayaan Barcelona mengekang serangan ManU menyebabkan kekalahan mutlak ManU. Pemain2 Barcelona wajar dipuji di atas persembahan hebat mereka. Tak apa, kata hati aku tahun depan ManU boleh cuba lagi. Tu je lah yang mampu dikatakan oeh fan ManU macam aku, kalau sebelum ni berkeyakinan tinggi dan kadang2 sombong dgan kehebatan ManU..ha sekarang rasakan kehampaan itu...padan muka aku dan kawan2 yg menyokong kelab terhebat di muka bumi ini..kononnya la..haha...



Tak mengapa sebab inilah sahaja escapisme dari menonton liga Malaysia yang rasa aku tak berkembang dari dulu sampai la skang. Apa yang diorang buat pun tak tau, kejap tukar prosedur, kejap tukar polisi, kejap tukar und2...last-last bolasepak Malaysia gak yang lesu. Kena bedal ngan Kemboja, Laos dan sbgnya dah menunjukkan mutu bola kita makin jauh merudum..Sukan SEA, Piala Tiger dan sebagainya dah menunjukkan kelemahan ketara pasukan kita. Belum kira lagi masalah pasukan2 negeri dan kelab yang seakan tidak berkesudahan.. apa nak jadi ngan bola kita pun tak tau la.. Harap KJ dapat lakukan sesuatu untuk memulihkan bola sepak Malaysia..kalau boleh jangan asyik berpolitik sahaja.



Ha ntahapa ntah aku melalut ni.mgkn sebab kecewa dgn kekalahan ManU la ni..Tp itulah sebenarnya yang berlaku, peminat bola lebih teruja dengan bolasepak luar negara yang sudah pasti hebat, meriah dan menjanjikan debaran yang tidak akan putus hingga wisel penamat. Tp bola sepak kita meriah jugak lepas wisel penamat apabila kete polis pun jadi mangsa bila team kalah.. Huh apa nak jadi ngan bola kita... so apa boleh buat ManU pun dah kalah..kita tunggu e musim baru bolasepak eropah dan kadang2 tu jeling dan kerling lah keputusan2 bolasepak kita jugak. Tp artikel2 ttg bola Malaysia aku tengk dah makin kecil dlm suratkabar tempatan..jgn nanti takada langsung dah la..kesian dgn nasib bolasepak kita..



Jadi kesimpulannya, artikel cheh artikel tu konon, luahan ketidakpuasan hati aku ni sebenarnya bertitiktolak dari kehampaan aku mancing udang, kekalahan ManU dan kekecewaan pada bolasepak Malaysia-tak pasal2 bola Malaysia kena...hehe...



Sehingga kita berjumpa lagi...majulah sukan untuk negara.. dr Gengkayabiz...

Jom Mancing Udang


Salam semua...Ya, buat pertama kalinya aku ada blog yang benar2 boleh aku berkongsi pengalaman, citarasa dan mungkin juga perasaan..mungkin. Oh ya baru semalam aku reg. dengan Blogger.com so aku rasa tak salah aku ingin berkongsi pengalaman aku selepas aku create sikit tentang Gengkayabiz blog ni..ya lah tak sempat siap lagi edit blog ni, member dah tepon ajak g mancing udang...ya, mancing udang.. Mula2 rasa tak berfaedah g mancing udang ni, kalau sungai ka tasik ka berbaloi gak.

Tapi masalahnya sekarang mancing pakai duit, maksud aku mancing kat kolam bayar yang tumbuh macam cendawan lepas hujan sekarang ni..Uih sebut pasal cendawan, kalau cendawan tu kita masak tempura macam udang tu kan ke sedap...iklan je.. Ok, sambung balik pasal udang tadi, oh ya lokasi tempat kejadian ni berlaku adalah di Kajang dan aku pun hairan mengapa kolam udang komersil ni makin banyak lak sekarang ni..pengusaha2nya semua tauke2 cina. Mgkn diorang nampak industri ternakan pancing udang makin berkembang dan boleh buat duit. yalah pasal apa aku cakap cam tu, aku tgk tauke tu laci duit tukar berkepok ngan duit..termasuklah duit aku..hehe.. So camtulah depa lebih dulu nampak benda2 camni yang boleh mendatangkan WANG BESAR, kita maksud aku orang2 Melayu ni kebanyakannya follower je.. dah sejuk nanti orang Melayu pulak berebut nak buat. Time tu g letak udang sendiri, pancing sendiri dan makan la sendiri, last2 Lu fikir la sendiri...hehe..

Kenapa agaknya kolam diorg mendapat sambutan? Mgkin sebab mudah, berdekatan, bersih dan servisnya yang tip top, belum masuk lagi letak amoi2 seksi..hehe.. Lagi satu kolam diorg memang terjaga dari segi banyaknya udang yang diletak dalam kolam tu..ya la kalau tak dapat sapa nak g mancing, kan? Walaupun mahal dari segi bayaran tapi apa aku kisah, janji puas hati dapat layan tarikan udang harimau yang berbelang-belang tu.. Tetapi macam biasalah sebab aku baru kali ketiga mancing udang..so ari tu dapatlah 6 ekor udang..selama 2 jam mancing..hehe..tak berbaloi langsung bayar RM15 sejam. Kalau bini aku tau peh berleter pot-pet la jawapnya...tapi bila bawak balik banyak dia gak yang masak tempura..sedap jugak katanya..siap bagitau kwn dia suh laki dia pulak mancing udang dan nak upah aku mancing dan dia bayar RM15. Heh.. dia ingat senang ke nak dapat camtu je..pergi pasar la lagi cepat..haha..

Tapi tu la cerita aku mancing udang, takla terer tapi jadila lepas gian sekali sekala, kalau selalu kopak gak..tapi kalau minat ke laut lagi orang g mencandat sotong, ni kan pulak udang yang ada di kolam bayar. Nanti aku post la gambar2 aku tengah2 boring mancing udang tu...Ari tu tak sempat nak amek gambar,sebok layan udang 6 ekor je.. haha..
Gambar kat atas tu bukan kolam udang, giler babas kolam udang besar camtu, tu kolam air tawar tempat layan patin, rohu, pacu dan segala mak nenek ikan air tawar lagi... Lepas ni Alim(member hardcorepancing, aku follower je..hehe..) ajak g kolam siakap pulak...laaaggi layan wo ikan besar2 betis, paha dan pinggul..heh...Aku stop dulu la ya..nanti kita sambung balik...Excited ni nak cerita lagi. Wassallam...